Salam hormat,
Pada kali ini saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang bagaimana memilih cheese powder yang berkualiti baik.
Cheese powder kebiasaannya tidak ada pengawet. Kualiti cheese powder bergantung kepada proses pensterilan (sterilize), pembungkusan dan penyimpanan. Apabila terdedah kepada udara persekitaran dan kelembapan cheese powder akan cepat rosak. Jangka hayat yang dibenarkan oleh pengilang adalah selama 9 bulan. Namun begitu melalui pengalaman kami selama 5 tahun dalam perniagaan cheese powder ini, kami mencadangkan cheese powder digunakan dalam tempoh 6 bulan daripada tarikh ianya dikilang atau dikeluarkan. Ini adalah supaya anda mendapat kualiti dan rasa cheese powder yang tulen.
Semak perkara berikut:
- Yang pertama pastinya tarikh dikilang/dikeluarkan dan tarikh luput.
- Bungkusan tidak koyak, berlubang atau kotor
- Pilih cheese powder yang dibungkus dengan bungkusan yang dapat dilihat telus (see thru). Ini adalah supaya anda dapat melihat dengan jelas keadaan cheese powder yang anda beli.
- Warna produk tidak berubah menjadi perang atau coklat. Jika berwarna perang mungkin sudah rosak.
- Cheese powder masih dalam bentuk serbuk, jika berketul mungkin sudah tidak enak dimakan.
- Sebolehnya habiskan cheese powder yang anda beli dalam tempoh 6 bulan daripada tarikh dikilang.
👉https://www.youtube.com/channel/UCFpxULvmekqeaJKcvWfUshg
Hubungi kami jika anda ada sebarang pertanyaan:
Call / WhatsApp Customer Service: 0195629406 / 0175051457
Terima kasih
No comments:
Post a Comment